Masih kedengaran suara ustaz mengdoakan jenazah suami pada kwn ummi Anita ptg kelmarin di tanah perkuburan ''....... kematian itu pasti akan tiba... tanpa mengira masa dan tempat, sama ada kita bersedia atau tidak bersedia...." ... "dan janganlah kamu takut di sana bila malaikat datang sebab dia hanya bertanya soalan-soalan biasa sahaja, siapa tuhan kamu...siapa nabi kamu...apa agama mu...."
terkesan dihati ummi hingga saat ini...
Kwn ummi, anita , kenal sebab sama-sama hantar anak pada pegasuh yg sama, umur suami dia baru 36 tahun, sakit dlm masa 1 bln sahaja dan kritikal dlm masa 1 minggu saja, anak dia yg sulung darjah 4, kedua sama umur dgn marha, dan yg bongsu 3 tahun....
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... ummi salam dgn dia smlm pun dia terus nangis, nak2 bila damia dan marha pun salam jugak...sbb anak dia dgn anak ummi membesar bersama dgn pengasuh yg sama.... anak dia semua lelaki..alhamdullilah nanti besar boleh jaga mama...
alfatihah untuk arwah suami anita, mohd khairul amin...
No comments:
Post a Comment