Salam petang isnin...
Sudah hampir 8 tahun berlalu..teringat hari pertama akad nikah antara aku dan dia...dari hidup berdua...jadi bertiga, dari bertiga jadi berempat....dan dr berempat jadi berlima....dlm masa 8 tahun aku dan dia dikurniakan 3 permata hati, itulah dia suami yang aku nikahi pada 30 Mei 2003, ikatan kasih sayang masih lagik terikat kukuh walaupun kadang kala ada ribut melanda... mulakan kehidupan dengan sederhana hinggalah boleh menikmati kehidupan yang aku rasa boleh dikatakan selesa walaupun tidak semewah jutawan...setiap org mungkin berbeza menafsirkan erti cinta, kasih, kemewahan dan juga kebanggaan... bagi ku setiap apa yang ada pada diri dia , aku anggap sebagai itu kurniaan Allah swt yg berikan kepada ku...saling melengkapi antara diri aku dan diri dia...terasa ada peningkatan kemajuan hidup antara aku dengan dia sebagai suami isteri dan juga ummi dan abah kepada anak-anak....Ya allah..kekal kan lah hubungan ini sehingga ke akhirnya dan berkatillah hidup aku sekeluarga...pada suami ku...selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke 8 tahun....
No comments:
Post a Comment